Appearing in KOSMO [June 5]

Posted by nemo

BARISAN pemain Kuala Lumpur meraikan kejayaan mereka dalam acara badminton semalam.


KUALA Lumpur 'B' meraih dua pingat emas acara badminton berpasukan pada temasya Sukan Wilayah Persekutuan (SWIP) Kedua yang berlangsung di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras semalam.

Kemenangan tersebut diperoleh menerusi pasukan lelaki dan wanita setelah memenangi semua perlawanan liga satu pusingan itu dengan menewaskan Kuala Lumpur 'A', Labuan dan Putrajaya.

Putrajaya meraih pingat perak bagi acara berpasukan lelaki sementara Kuala Lumpur 'A' berpuas hati dengan pingat gangsa.

Bagi acara berpasukan wanita pula, pingat perak menjadi milik Kuala Lumpur 'A' sementara gangsa diraih Putrajaya.

Jurulatih Kuala Lumpur 'B', Mohd. Hairi Mat Zuber berkata, beliau sudah menjangka pasukan bimbingannya itu akan menamatkan saingan dengan kejayaan dua pingat emas.

Menurutnya, ramalan tersebut dibuat berdasarkan prestasi semasa yang dipamerkan semua pemain selain kesungguhan yang ada pada mereka.

"Pada temasya yang sama dua tahun lalu, kami turut meraih dua pingat emas," katanya kepada Kosmo! semalam.

Selain dua emas daripada acara berpasukan, pasukan Kuala Lumpur 'B' turut mengintai lima emas daripada acara individu yang akan bermula hari ini.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0605&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm

This entry was posted on Saturday, June 27, 2009 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments